Rabu, 30 Jun 2010

Ciri - ciri ayam kampung


wei korang ni tak reti bangun sendiri ke .. asik aku je kejutkan .......

Ayam kampung mesti la hidup bebas tanpa di kurung 24 jam , ayam ini juga suka mencari makanan sampingan diluar seperti anai-anai, cacing, lipas dan sebagainya .
sifat ayam kampung agak liar kalau di bandingankan dengan ayam daging kerana pada waktu malam ayam ini lebih gemar tidur di atas pokok atau batang yang rendah .

Ayam kampung juga memakan rumput , ubi , jagung dan lain-lain ini adalah makanan tambah untuk ayam kampung ini .

Ayam kampung ini bergitu aktif bergerak dan menjadikan ototnya kuat serta mempunyai daging yang pejal serta liat dan manis kalau dibandingkan dengan ayam daging .

Pada kebiasaannya warna pada bulu ayam kampung adalah kekuningan , merah atau pun hitam
terdapat juga ayam kampung yang mempunyai 2 atau 3 campuran warna pada bulunya .
yang pasti ayam kampung lebih awal bangun daripada kita ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan